NameWee-Kontroversi Negarakuku

Mari Kita Sorot Sebentar Antara Ungkapan Bekas Pemimpin Terdahulu :

” Kita Harus Melihat Kepada Bahagian Di Dalam Syor Suruhanjaya Reid Yang Melebihi Dari Apa Yang Kita Minta Dengan Mengambil Peringatan Bahawa Sifat Tamak Boleh Membutakan Kita Dari Kebenaran Dan Juga Hak Orang Lain.. Jika Tidak Kita Akan Mengorbankan Perkara Yang Penting Untuk Mendapat Keuntungan Yang Sedikit. Adalah Malang Jika Perikatan Ini (Kini Barisan Nasional) Dicemari Dengan Sifat Tamak. ”

- Tan Cheng Lock (2 Mei 1957)

” Komposisi Kaum Di Dalam Negara Ini Ialah Semua Kaum Merupakan Majoriti. Oleh Itu, Semua Kaum Juga Adalah Minoriti. Ini Boleh Menjadi Kekuatan Dan Juga Kelemahan Sesebuah Negara. Ia Merupakan Kekuatan Kerana Setiap Kaum Saling Memerlukan Dan Bergantungan Di Antara Satu Sama Lain. Tetapi Ia Juga Boleh Menjadi Kelemahan Oleh Kerana Perasaan Bimbang Dan Prasangka Di Antara Satu Sama Lain. ”

- VT Sambanthan (12 Julai 1957)

” Di Bawah Perubahan Di Dalam Perlembagaan Baru, Kita Bersedia Untuk Berkongsi Hak-Hak Kita Dengan Bangsa Lain Yang Telah Menunjukkan Taat Setia Terhadap Tanahair Ini Asalkan Ia Tidak Melampau..
.. Tiada Siapa Pun Perlu Merasa Bimbang Terhadap Masa Depan Masing-Masing Di Dalam Tanah Melayu Yang Merdeka. ”

- Tunku Abdul Rahman (28 Mac 1957)

Aku rasa terpanggil untuk menyuarakan pendapatku. Mungkin ringkas dan tidak memberi sebarang makna tapi...Biarlah..

Apa yang korang rasa setelah mengetahui cerita ni...Mungkin dari televisyen, radio, akhbar2 tempatan atau korang sendiri sudah mendengar lagunya?

Inikah Malaysia lahirkan setelah 50 tahun merdeka?Aku sebagai rakyat yang mungkin setahun jagung untuk memahami erti perit jerih pengorbanan datuk nenek rasa sakit hati bila dengar lagu tu...Ingat lagu ni macam lagu rakyat ape...

Aku harap Kerajaan Malaysia tak tutup mata dalam hal ni...Aku bersyukur kerana aku dapat hidup dalam keadaan aman dan selesa sambil menghirup teh o panas di negara sendiri...

Sebelum Tido Tanyalah Dalam Diri Korang..."Kenapa Saya Suka Rumah Saya??" "Sebab Dia ......."

Inspirasi....http://qaiyum.net/?p=13

                            

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis

Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 biji kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menhantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan disana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 12 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512:Alfonso menghantar perisik ke perlis, kedah dan pulau pinang un tuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas

FEB 1512, Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Al fonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? ( dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinangyang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya

hang sihat, hang buat apa, hang apa khabar, hang lagu mana,hang pi mana,
hang nak pi mana, hang singgah dulu bapak hang,mak hang, adik hang, tok hang
macam macam lagi hang ada kat sana.....

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan
pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat
ngeri......ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ.

Thanks To....http://gelihati.blogspot.com/

Surat rasmi - Cara minta kawin lagi..

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki

"...Nakkan seseorang...."

"...Nakkan seseorang tak semestinya kita dapat,
"...Dah dapat tak semestinya kita punya,
"...Dah kita punya tak semestinya akan bersama.
"...Dah bersama tak semestinya akan kekal selamanya.."

Tapi segalanya tak kan mustahil seandainya jodoh itu milik kita...

Perjuangan Belum Selesai

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
 
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan


Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan
 
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita
 
Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya
 
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri
 
Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara
 
Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga
 
selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar
 
Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
 
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
 
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa
 
Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya

MELAYU-Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

 

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
    "Dagang lalu nasi ditanakkan
    Suami pulang lapar tak makan
    Kera di hutan disusu-susukan
    Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Melayu Kita

Ahli Fiqir - Kalau Melayu ... Memang Melayu

Kita Menari Keluar Bilik
Sembarang Tari Hai Kita Tarikan
Kita Menyanyi Adik Beradik
Sebarang Nyanyi Hai Kita Nyanyikan

Chorus :

Kalau Melayu Dia Seloka
Kalau Melayu Dia Bermadah
Kalau Melayu Manis Bicara
Kalau Melayu Halus Bahasa

Murkamu Harimau Kamu
Beta Batu Kepala Kamu
Kena Kena Bagai Santan Bergula
Kalau Tak Kena Akan Pukul Kepala

Berhati-Hati Bila Berkata
Nilainya Diri Dihujung Lidah
Sebab Pulut Santan Binasa
Kerana Mulut Badan Binasa

Melukis Seri Bahasa Kita
Menegur Tak Menyinggung
Menyindir Santan Berlada
Lemak Pun Lemak
Pedas Terasa
Di Dalam Marah
Madah Seloka
Itulah Cara Orang Kita

Ikut Cakap Orang Dulu
Susun Susun Satu Satu
Bila Bicara Fikir Dahulu
Menepis Dia
Senyum Dan Silu                           
Tegur Dia                           
Tegur Berlagu                           
Jangan Ikut
Tempat Dan Waktu                        
Marah Dia                           
Seloka Lucu                           
Kata Hempedu                            
Menjadi Madu

Chorus

Apa Celaka Nusa Ku ini
Dahulu Banjir Kini Kemarau
Apa Celanya Bangsaku Ini
Dulu Terpinggir Kini Terhalau

Kalau Kucing Dia Berdengkur
Kalau Anjing Dia Menyalak
Kalau Ular Dia Berkecur
Kalau Itik Dia Mengaka
Kalau Guruh Dia Berdentum
Kalau Badai Dia Menderu
Kalau Daun Dia Berdesir
Kalau Bayu Dia Mendayu

Memang Melayu Dia Seloka
Memang Melayu Dia Bermadah
Memang Melayu Manis Bicara
Memang Melayu Baik Bahasa
Menikam Cara Berpantun
Meninggi Tak Menyombong
Ayun Beralun Indah Terhimpun
Kurang Ajarnya Pun Tetap Bersantun

Chorus

Buah Cempedak Di Luar Pagar
Ambillah Galah Hati Tolong Jolokkan
Kamilah Budak Baru Belajar
Kalaulah Salah Hai Tolong Tunjukkan

*Betapa Indahnya Adat dan Adab Orang Melayu Kita...Sama2 la Kita Renungkan*

Sg Pahang : Berakit dan Kehidupan

Pada 30/5 sampai 1/6 aku telah menyertai XPDC Berakit Perdana MAhasisw yang telah dinjurkan oleh KPT sempena Pekan Fest....seluruh IPTA/S telah menyertai program ni. Actually ktorang ni adalah pasukan cekup je sebab sehari sebelm pergi ktorg baru tulis nama nak join...hehehe...so segala persiapan memang la x sempurna.

Selama 3 hari aku kat sana menghayati keindahan sungai pahang yang merupakan sg terpanjang di semenanjung...ye ke?aku pun lupa da...aku start brakit pada hari khamis bermula di SK Pulau MAnis...sape duk Pekan tau kot...sejauh 11 KM ktorng terpaksa berakit dan brkayak pada hari pertama...hari kedua plak sejauh 22 KM...2 kali ganda perjalanan hari pertama...panas tu memang xyah ditanya lah sbb memang panas terik waktu tu...dah la tgh sungai...so peserta UKM seramai 7orang memang hitam terbakar...aku ngan member aku Palie naik kayak dan yang lain naik rakit.

Sebenarnya kat sini aku nak certa kaitan antara XPDC kami di Sg Pahang dan kehidupan seharian kita. Aku terfikir benda ni time tengah khusyuk mendayung kayak...

Sg Pahang boleh la diibaratkan sebagai perjalanan hidup kita sebagai manusia. Kita ni sebagai peserta adalah manusia dan rakit serta kayak adalah kemudahan yang telah diberikan oleh yang Esa.
Sejauh 33 KM Sg Pahang yang perlu aku tempuhi...aku ingatkan senang la sbb setakat sungai je..arus pun perlahan je...rupanya bukan seperti yang ku jangkakan..Sg Pahang banyak halangan terutama pokok2 mati yang tumbang dan menghalang prjalanan rakit...Sg Pahang gak banyak pulau2 yang menjadikan banyak laluan kepada kami....Target kami ialah sampai ke Pekan Fest pada hari kedua dan ini boleh dianggapkan sebagai matlamat kita...terpulang kepada korang untuk meletakkan matlamat yang boleh diibaratkan sebagai destinasi untuk kejayaan...Mungkin Matlamat dalam pelajaran, kehidupan. percintaan, pekerjaan dan macam2 lagi...

Semasa berakit tu, kami terpaksa mengelak dari halangan tersebut.kekadang kami terpaksa cross sg dari kiri ke kanan untuk mendapatkan jalan mudah...kami juga terpaksa mencari arus air untuk membantu rakit...kalau xde rakit, kami terpaksa mendayung dan aku yang duduk kat kayak terpaksa menolak dan menunda rakit...
Dan pengalaman aku sepanjang berkayak kat Sg Pahang, kayak aku telah terbalik dan aku terjatuh di tengah2 sungai...Alhamdulillah umur ku masih dipanjangkan. Ini lah dugaan yang aku terpaksa tempuhi...sama gak dalam kehidupan aku...jika tak berhati hati mungkin aku akan jatuh...tapi aku kena cekalkan hati agar dapat teruskan perjalanan untuk capai matlamat yang telah tersedia.

Pokok yang tumbang tu bole la diibaratkan sebagai halangan dalam hidup kita ni...pandai2 la nak elak...kekadang kita tau ada halangan kat depan kita tapi kita tetap degil nak rempuh gak.. maka bayangka la kalau rakit pecah ditengah Sungai Pahang...seram wei.

Pastu ada plak kawasan yang cetek dan arus laju...benda ni dapat la bantu rakit untuk lebih laju...benda ni plak korang leh la anggap cam bantuan dari sekeliling untuk memudahkan kita mencapai matlamat kita.

Sepanjang 2 hari tu ktorang ada berhenti untuk berehat setelah penat mendayung..benda ni same je macam kita. kalau kita penat untuk mengejar impian, kita kena berehat sekejap...bwat post motem dan muhasabah diri. fikirkan cara lain yang dapat memudahkan kita plak. Dah puas rehat baru kita teruskan perjalanan kita dengan lebih berhati hati..

Sepanjang 2 hari aku join Xpdc ni, macam prkara aku lalui...pengalaman ini aku kaitkan dengan kehidupan aku sebagai manusia, sebagai anak, sebagai mahasiswa dan sebagai insan yang ingin dewasa dan ingin kenal erti kehidupan..benda2 ni semua aku akan ingat da kalau boleh aku nak kongsi ngan kekwan...

Aku dah banyak join program lasak2 cam panjat gunung dan sebagainya tapi baru sekarang aku terfikir kaitan benda ni semua ngan kehidupan aku...Moga aku lebih tabah untuk menruskan hidup...aku sedar, semakin jauh aku melangkah, semakin banyak dugaan dan cabaran terutama insan2 yang rapat dengan kita. semoga aku matang dengan semua ini.

Ku sekadar nak kongsi pengalaman aku...hope benda ni jadi ilmu yang aku sampaikan...mayb aku akan bercerita lg tentang ni semua.Adios

Nak berjaya...anda perlu

Petikan dari buku siri motivasi '23 LANGKAH MENUJU KEJAYAAN' oleh ROBERT J. LUMSDEN.

Setiap orang sudah pasti menginginkan kejayaan dalam kehidupan mereka. Justeru itu, kita mesti memanfaatkan potensi kejayaan yang ada dan menigkatkannya dari masa ke masa. Robert J. Lumsden menunjukkan kepada anda 23 langkah menuju kejayaan.

(1) Menuju kesihatan yang baik

(2) Menggunakan kata-kata baru

(3) Daya kosentrasi yang meningkat

(4) Memiliki daya ingatan yang jauh lebih besar

(5) Emosi-emosi positif yang baru

(6) Suara dan gaya biacara yang menarik

(7) Menjadi lebih bijaksana di kemudian hari

(8) Perlakukan atasan anda dengan lebih baik

(9) Menuju cita-cita yang lebih baik

(10)Kedewasaan sebagai tujuan hidup

(11)Kehidupan pernikahan yang lebih bahagia

(12)Menimba lebih banyak hal dari suatu konteks bacaan

(13)Selesaikan masalah-masalah yang ada

(14)Meningkatkan kebahagiaan

(15)Cakerawala mental yang lebih besar

(16)Mulai berfikr dengan jelas

(17)Penuh dengan khayal

(18)Kegiatan demi kegiatan

(19)Menempuh perjalanan tambahan

(20)Menjadi orang tua yang baik

(21)Ketenteraman

(22)Perkaya hidup anda sekarang

(23)Komunikasi yang lebih baik

Motivasi anda

Apakah kamu pernah menyaksikan seorang pemecah batu yang sedang memecahkan batu yang besar?
Dia memukul batu itu dengan palu godamnya sehingga seratus kali tanpa terlihat tanda akan pecahnya batu tersebut,
Akhirnya batu itu terpecah.
Pecahnya batu itu bukan disebabkan pukulan terakhir tetapi oleh keseluruhan seratus pukulan sebelumya.
Mungkin ramainya orang yang dalam usahanya gagal di tengah jalan, dan alangkah ramainya pula orang yang berputus asa dalam waktu yang tidak lama lagi.
Jika mereka tabah dan meneruskan sehingga pukulan terakhir setelah yang seratus pukulan, pasti mereka akan berjaya lebih dari itu.

*** Renungkanlah ***

My Photo
Powered by Friendster Blogs